Menghitung hari

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickersIMA

13 Januari 2010

cuti2 malaysia

saujana mata memandang


umar harith x sabar nak mkn

apa tengok2???

caca & abg kimi

ayah dokong caca kat ladang teh

minggu lepas acik sefamily g bercuti2 malaysia...penat tapi puas hati...acik pegi ngan kakak acik k.nurul..pg ikut simpang pulai...bapak jauh...balik ikut tapah...gambar lagi??? nanti2 la ek...penat...pegi sek 6.30 pagi balik 5.15 ptg....tiap2 hari mcm tu tau...nak napas pun x sempat

belacan sabah

smlm acik balik sek nengok ade kiriman utk acik....tgk alamat pun dah tau apa isi dalamnye...time kasih kak iza yg sudi mengirimkan adikmu ini belacan sabah....bukan takat belacan je...ade isi lain...kuih cincin..td acik bwk g sek sekali hadap je...belacan tu mmg sodap,lain dari belacan semenanjung...x tipu punye...selalu acik beli sekeping mcm cooking coklat tu...kali ni dpt bentuk lain lak...tapi rasa totap samo...

08 Januari 2010

KAU...AKU..BERBEZA.. KAU...AKU..ISTIMEWA

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. "Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan

06 Januari 2010

meting panitia

tadi acik balik lambat..5.30 baru smpai umah..ada meting panitia yg tlh d pengerusikan oleh KP baru...yahuuuuu...slps 3 tahun acik memegangnye maka tahun ini yg paling bahagia sekali sbb da bebas dr sbrg jwtn..alasan...PESAN DOKTOR....rasa mcm nak kene je acik kabo le DOKTOR PESAN...haha...sory r ckgu baha...bukan x mahu tp tahun 2010 ni mcm mls nak memikir..alah...ckp je x mau fikir...last2 kang acik gakkkkkkk....azam tahun ni x mau manyak ckp....bukan apa...ada yg kata mcm sunyi je klu x dgr sore acik..so td acik dah aplikasikan dlm meting..b'ckp seminima yg mungkin...kang kalau lebih becakap kang jadi ngumpat lak,buat org mrh,ngumpul dosa...baik acik diam je...hehehehe...so kak Ina...marilah kita sama2 realisasikan azam kita nie ek...apa jadi????

04 Januari 2010

JANGAN BERSEDIH

1) renung dan bersyukur
2) jadikan hari ini milik kita
3)masa depan akan datang dgn sendiri
4)jadikan kritikan yang tajam sebagai penghormatan
5)berharaplah...redha Allah semata
6)terimalah qada' dan qadar
7)sesungguhnya selepas kesulitan ada kesenangan
8) Allah akan gantikan dgn yang lebih baik
9)Pendengki lebih rendah dari yang di dengki
10)janganlah bersedih...dunia ini tidak layak untuk di tangisi

acik dok baca buku LA TAHZAN ( jangan bersedih )agak menarik...bagus untuk motivasi diri yg selalu menyalahkan diri sendiri...org lain...kadang2 Allah pun boleh di salahkan kalau terjadi sesuatu....jadi..sama2 lah kita muhasabah diri..terbitan AL-HIDAYAH

لا تحزن ( la tahzan )

ya allah... gantikan penderitaan ini dgn kesenangan
balasan kesedihan sebagai hal yg m'gembirakan
dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman

adakah anda mengira bahawa berjalan dgn dua kaki ini adalah biasa??
padahal ramai manusia lain tidak mempunyai kaki

adakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu suatu yg mudah??
padahal ramai manusia lain yg kehilangan betisnya

adakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan mata??
sementara ramai manusia lain tidak dapat tidur kerana sakit yg di tanggungnya

pernahkah kita merasa nista ketika sedang menjamu selera
sedangakan ramai manusia lain tidak makan minum kerana penyakit yg di tanggungnya

RENUNGKANLAH...

betapa besarnya fungsi pendengaran di mana Allah menjauhi dari ketulian
penglihatan anda terhindar dari kebutaan
kulit yg cantik terhindar dari penyakit gatal dan kudis...

anda sebenarnya meraup kenikmatan yang tidak terhitung dan kesempurnaan tubuh badan
tetapi sayang...ANDA TIDAK MENYEDARI & TIDAK MAHU BERSYUKUR....

semangat gilerrrrrr 1 malaysia


semangat x acik???hehe....SAYA GURU CEMERLANG...