Menghitung hari

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickersIMA

20 Ogos 2009

yea...yea...puasa..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ...AMIN
JANGAN CURI2 MAKAN ..... JANGAN TIDUR MASA BEKERJA..... JANGAN BUAT .MAKSIAT..... JANGAN ASIK TIDUR ...... JANGAN ASIK MARAH BANYAK-BANYAK LA BERSABAR...... MESTILAH SENTIASA BERMAAFAN .........


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya MASHITAH ( ima @shima @ shita @ ita @ mas @ siti ) terlebih dahulu mengambil kesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Ciuman 20 meter

Ciuman 20 Meter..>>

Di sebuah kedai kain, seorg gadis cun tgh memilih kain. Disebelahnye terdapat seorg jurujual lalaki yg agak macho dan hensem. Setelah menemui kain yg sesuai, gadis tersebut bertanyakan harganye…
Gadis cun : bang, kain yg nie berapa ringgit semeter?
Jurujual lelaki : cik adik manis punya pasal, semeter abg minta sekali ciuman aje.
Gadis cun : ok..sy setuju..so bg sy 20 meter..

Jurujual lelaki tersebut terus memotong kain yg diminta dgn hati yg amat gembira. setelah selesai, jurujual tersebut menyerahkan kain kpd gadis cun dan menuntut bayarannya…

Gadis cun : nenek sy kt luar tu akan bayar….

twengg.. hehehe..

Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."


Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya