Menghitung hari

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickersIMA

27 Ogos 2009

7 Golongan yang tidak reput&busuk

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Rahsia solat


Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat

Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita didalam kubur


Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur


Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah didalam kubur


Rukuk
Sebagai tikar kita didalam kubur


Iktidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur


Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotul mustaqim

Duduk Antara Dua Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar


Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir didalam kubur


Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka didalam kubur


Salam
Memelihara kita didalam kubur


Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah

Jadilah seperti golongan ini....

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

p/s : arwah abah pernah cerita pada anak2nye tentang hadis ni...mungkin itu yg mm'beri dorongan ht aku nak jd cikgu...dan bila aku marah2 kat anak murid aku akan ingat balik hadis ni..insaf...muhasabah diri yg sering lalai

7 kalimah

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Jom shupingggg

haha....aku msih di atas katil...mls nak turun..anak2 pun sporting...x bgn tido lg..so aku berangan lg nk mask apa ari nie...tp ari ni aku plan nak g jj or alamanda...berhibur m'habiskan duheeettttt....